Assalamualaikum,
Dengan nama Allah yang maha penyayang,lagi maha mengasihani. Maha suci Allah yang menjadikan tiap tiap sesuatu yang dikehendakiNya,dan dengan kuasaNya,hanya Dia yang berhak mengambilnya kembali.
Sebagaimana janjiNya kepada hamba-hambaNya, hingga sampai satu saat yang telah tertulis ajalnya, maka kembalilah ia kepada penciptanya, Allah yang maha Agung. Maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Adelea Nur Delisha... nama yang sangat indah... membawa maksud keadilan kita cahaya kebahagiaan. Lahir ke dunia yang penuh dengan dugaan dan fitnah besar akhir zaman,pada 25march 2015. Jam 12.15 tengahari melalui c-sac. Saat ibu mengandungkan kamu, tak ada sebarang komplikasi,malah ibu Adelea tak mengalami morning sickness pun. Memang sepanjang pregnancy mama tengok,ibu Adelea sangat happy tak pernah murung.
Adel keluar dr ibu melalui 'tingkap' dengan berat 4.4kg.
Bila Adelea keluar,ada sedikit komplikasi dan abnormality yang dapat dikesan oleh doktor. Mama tak tau banyak tentang keadaan Adel, cuma yang mama tau, Adelea dilahirkan dengan very unique condition, they called it dextrocardia with situs inversus. Dalam bahasa mudah kedudukan jantung,perut dan hati Adelea adalah balikan cermin dari orang normal. Very rare condition, I've read some said it is 1:12000. And you are surely a lucky one to be this kind of unique baby.
Tapi yang menjadikan Adelea bermasalah,kerana Adel juga ada masalah jantung berlubang. Lubang-lubang yang perlu di tutup melalui pembedahan.
Your heart rate is beating above normal,you have to breath with the help of oxygen tube and can't drink milk directly..sebab, bila bagi Adel direct feeding,jantung Adel kena kerja keras. Jadi ada satu lagi tube untuk susu Adel.
Mama hanya sekali dapat jenguk Adel,masa tu Adel tak pandai fokus lagi,so you might not remember me. I can't bear to meet you actually anakku. Hati tak sampai hati. Jadi mama biasanya guna alasan,mama ade kakak Ezzarra yang takmau berenggang. And i would say things like parking payah nak dapat kat hospital tu,or i need to get something done ,or something else. I know i was making so much excuses,padahal pada papa saja mama mengadu, mama tak sampai hati memandang Adel,mama tau seksa sungguh nak minum susu pun bersukat,kena ikut timing..sedangkan abang Iman dulu ,dan kak Ezzarra, dan kak Auni..tak pernah kami sekat demand susu mereka. Tapi kerana keadaan Adel yang memaksa begini,hati mama jatuh pilu..langsung tak sanggup jenguk kamu.
Lagipun,mama tak pernah terfikir yang Adel bakal berhadapan dengan perjuangan yang sangat besar. Dalam fikiran mama,lagi cepat Adel ke IJN,lebih cepat Adel dapat balik ke rumah. Mama sangat tak sabar tunggu tubes yang ada tu dibuang. Sampai mama sanggup ulang ulang tanyakan kawan mama,minta tolong mana tau dapat cepatkan Adel dari tarikh asal appointment Adel untuk assesment di IJN tu.
Hadiah untuk Adel pun belum mama beli. Padahal hari hari jenguk macam macam page online untuk baby carrier. Dalam fikiran,nanti Adel dah sihat,nak bawa ibu pergi testing SSC,kalau2 ada yang ibu berkenan di hati,itu la yang mama akan belikan.
Baju raya pun baru 2 pasang mama cari untuk Adel. Itu pun ada gatal tangan lagi nak tambah. Kasut,ingat2 nak beli 3pasang utk Adel,Ezzarra dan Auni. Biar boria tiga2 puteri mama ni.
Sampai waktu Adel ke IJN,hari Isnin. 8hb jun 2015. Mama pun ade kat KL. Tapi bawa abang Iman ronda2 cuti sekolah. Dia baru habis exam sayang. Adel sepatutnya ada surgery pada hari Rabu. Tapi abi kata Adel demam. Jd slot untuk Adel orang lain dah ambil. Abi dah gelisah. Takut jugak,kalau discharge Adel keluar,nanti bila pula dapat selesaikan masalah Adel ni. Jadi abi tanyakan mama kalau2 kawan mama dapat tolong carikan slot baru secepatnya tanpa bawa balik Adel semula. Jauh Adel travel dengan ambulans. Stress tu la yang buat Adel demam. Baru mama tanya2kan,tiba2 abi bagitau dah ada surgeon lain yang akan ambil alih. So they are going to do the procedure on thursday,11june 2015.
Pukul 1.08minit tengahari ibu kata Adel dah dalam perjalanan ke OT. Girang juga hati ni. Ye lah. Dalam gusar takut ada yang tak kena dalam pembedahan tu,tapi hati mama kata di IJN patching jantung berlubang ni biasa lah. Dah memang kerja diorang. Positif sungguh mama Adel.
4jam lepas tu mama tanya,abi kata belum lagi sudahnya. Tunggu lagi. Pukul 7.35 abi kata Adel dah nak ke ICU tapi condition Adel masih tak dapat tahu
Pukul 9.02malam dapat message ni dari abi Adelea..
"Adel dah selesai bedah..dada belum tutup sbb jantung bengkak sbb bedah terlalu lama(dada belum tutup sbb x muat tulang)..buah pinggang ade problem skit skrg tgh dialisis(ade respond positif)..mase bedah ade problem sikit sebab blood pressure rendah sangat(skrg tgh monitor otak) masih menunggu utk respond positif..doakan utk adel yg masih bertarung lagi skrg ni..kami mungkin lama lagi di sini.."
Gugur sekejap jantung mama. Tapi datang balik reaksi positif walaupun dalam resah. Mungkin sbb jantung sangat muda. Dah kena macam ni.mesti bengkak la. Dengan doa tak putus putus mama kirimkan dalam hati untuk Adel.
Pukul 10.41 pagi 12june 2015, abi hantar message lagi
"Salam..second operation akan menyusul hari ni..operation semalam x memberi kesan positif..disebabkan smlm operation adel terlalu lama,risiko operation hari ni lebih,"
Tiba-tiba hati kata "eh??kenapa ada dua kali?'' Memang rasa sangat tak sedap hati masa ni. Tapi kuatkan hati juga. Tak mahu fikir yang bukan-bukan. Lintasan yang pelik-pelik mula datang dah. Mama sabar. Adel dalam OT pukul 12tengahari, hampir pukul 5 petang,mama tanyakan khabar Adel, tapi kecewa abi kata Adel belum ada khabar berita. Risau sungguh hati mama.
Pukul 9.30 malam abi kira waktu lagi.. dah sembilan jam Adel. Apa saja lah doctor buat pada Adel ni.
Pukul 9.51 abi kata:
"Alhamdulillah adel selamat operation..jantung masih kurang berfungsi ngan baik..tapi smua yg berlubang berjaya ditutup..masih dibantu oleh mesin utk shari dua ni..ni tgh tggu xray bru boleh tgk baby"
Dengan syukur, sebab malam ni dapat tidur dengan lena tak perlu risaukan Adel. Adel dalam journey untuk recovery. Sebab kami tau Adel sangat strong (pernah mama guraukan dengan ibu Adel, "Adel lahir 12.15tengahari, memang big boss la jiwa Adel ni. Memang leader lah. Adel la kakyong kawasan tak lama lagi'')
Hari sabtu, 13june 2015.
Gembira juga nak tunggu berita Adel. Mama ke rumah tokbah tengahari untuk makan (mama Adel memang malas masak). Sampai ke rumah, dah terloncat sana sini, bau wangi tokma masak nasi ganja, perut pun makin lapar ni. Duduk tepi tokbah, tengok tokbah semacam je. Tiba-tiba tokbah suarakan satu ayat yang buat mama rasa nak meraung kuat sayang.
"Amir call...Adel mungkin tak ada harapan lagi"
Air mata tumpah tak tertahan lagi Adel....Allah saja tahu bagaimana rasanya bila dengar ayat tu. Tokbah suruh sabar, suruh sabar takut tokma tahu. Selagi benda tak sahih, takut tokma hilang arah. Mama tak tau apalagi nak buat. Makan nasi lebih kurang, ajak machu keluar. Kat luar mama call abi. Dan abi jelaskan dengan sangat tenang. Hati meronta nak jumpa Adel. Apa lagi bila abi Adel kata "datanglah jumpa Adel sementara Adel masih ada nyawa"
Abi kata semua vital organ Adel dah collapse. Not functioning at all.
Bila ibu cerita tentang keajaiban yang Allah bagi pada mak saudara ibu Adel,bila semua vital organ dia pulih lepas nazak akibat jangkitan virus,mama rasa 'mana tau Allah nak kirimkan keajaiban yang sama untuk kamu'. Dan ibu Adel kata lagi,ada sikit respon dari Adel.
Terhibur sikit hati ni.
Mama mohon izin papa nak ke IJN. Tapi papa kata lebih baik mama di sini. Papa cuak hati. Dia gusar entah kenapa. Tokbah minta mama ikut saja kata papa. Sungguh-sungguh mama terkilan. Dalam hati biarlah Adel masih ada peluang. Rupa rupanya, papa lebih faham..papa takut mama pengsan bila jumpa Adel. Papa tau mama sangat lemah. Mama tak berdaya nak menghadapi keadaan Adel.
Kat rumah,tiba tiba mama rasa nak wangikan rumah dengan bau ros. Jadi dari petang lepas asar,mama titik pati 7bunga dalam diffuser rumah,dan bau ros merebak seluruh rumah sampai ke pagi esok. Agaknya mama nak tenangkan hati dengan bau bunga ros yang kuat ni..
Adel tau,hari ni bukan saja mendung..tapi hujan. Di musim kemarau ni ada hujan...bumi sejuk,langit mendung...waktu malam sejuknya cuaca.
Ahad 14june 2015
Subuh hari Tokma,ummi,tehlong,pachu,machu ke IJN. Machu kata 'macam mimpi..'. Mama tak rasa benda tu.mama tak rasa macam mimpi. Mama tak rasa satu apa pun.. mama kata mama tak dapat nak brain all of these situation. Sebab hati terkilan sangat. Memang berat hati mama katakan Adel tak akan lama lagi di bumi Allah ni. Mama marah hati sendiri kejam bagitau otak mama macam tu. Tapi,hati memang tak pernah tipu kita Adel. Hati lah yang paling jujur.
Pukul 9.44pagi machu bagitau
"Kyong.... abg mer called. 1/2 hour they going to shutdown the machine..."
Sumpah Adel,kalau tak kerana Ezzarra ada atas dukung mama pagi tu,mama memang jatuh... kita memang tak ada jodoh Adel. Walaupun akal mama kata mungkin,mungkin tanpa bantuan machine,Adel boleh survive,walaupun sekejap,mana tau mungkin sempat sampai ke rumah tokbah? Kan kuasa Allah semuanya? Tapi hati tolak. Hati kuat mengatakan sebenarnya Adel cuma bernafas kerana mesin hayat tu.
Machu kata..machu sempat cium kamu sebelum mesin di switch off. Untuk mama..dan untuk tokbah. Tapi mana sama sayang..Mana sama merasa suam kulitmu sendiri..tak sama.. tapi tak apa lah.
Abang Iman start semester baru sekolah hari ni. Memang rutin mama pick up abang dari school.
Pukul 12.47 tghari machu bagitau
"ADEL DAH TAKDE"
mama baru masuk parking depan sekolah abang masa tu.
takes me 15minutes to cool down myself.. dalam masa tu mama bagitau tokbah dan papa. Mama marah papa sebab papa tak bagi mama pergi sana jumpa Adel. Masa tu baru mama tau yang papa takut mama jadi sasau tengok Adel. Kerana alasan papa,hilang juga rasa terkilan mama,dapat mama tenang sekejap untuk pick up abang.
Depan kelas abang mama call opah dan wanchu.
Lepas pick up abang mama selesaikan kerja rumah yang tergendala,siapkan semuanya dengan cepat sebab nak siapkan rumah tokbah untuk menyambut kamu,pertama kali jejakkan diri di sana,jadi harus semuanya sedia untuk kamu sayang.
Bila mama call tokbah,baru tau tokbah dari pagi sedang bersedih.teresak menangis mengenang diri Adel. Makan pun belum.
Abi yang kuat sendiri driving bawa Adel balik rumah tokbah. Mama iring dengan doa tak putus, dan sentiasa minta maklumat perjalanan dari ma chu.
Cuaca yang mendung dan sejuk mengiringi kamu dari IJN hingga sampai ke rumah tokbah. Betapa Allah menyayangimu sayang,tak ada sedikit kehangatan pun pada hari ini..
Adel sampai di rumah tokbah lebih kurang pukul 7 malam. Pelukan rindu untuk kamu mama lepaskan pada abi dan ibu. Kesian juga mereka sayang. Demam, darah abi naik tinggi sampai bengang telinga dia. Selesai ibu mandi mama mintak bukakan balutan kapanmu. Bila buka saja ... Allahurabbi sayang.... ibu kamu yang paling terkejut. Betapa bercahaya wajah kamu Adelea... betapa bersinar dan berkilat kilat kulit Adelea. Dan..kamu tersenyum sayang....tersenyum yang bukan sedikit. Pipi naik tinggi sampai terkecik kecik ruang mata. Menangis kami semua melihat keadaan kamu. Betapa Allah berikan nikmat kepada kami. Kekuatan untuk melepaskan kamu datang dari senyuman itu Adelea. Air mata kesedihan tapi bukan ratapan. Abi...antara orang yang paling teruk phobia dengan darah dan luka,mampu menghadapi satu kematian..kematian darah daging sendiri...Allah memang mama memberi. Dia berikan kekuatan pada Abi. Dia bekalkan semangat yang bukan sedikit pada ibumu.
Dan yang paling indah,abi dan ibu mu diberi bekalan mudah ke syurgaNya melaluimu Adelea.. mereka antara insan terpilih... dan kamu bunga syurga Allah,antara puteri pilihan.. kamu lahir ke dunia,melihat kecantikan dunia namun Allah tidak memberi kamu merasa kejahatan isinya.
Saat mama cium dahi dinginmu,mama tersentak! Ini bau dalam rumah mama semalam. Sampai begitu Allah kirim kasihannya pada mama Adelea sayang.. sampai begitu... terasa mau mama memelukmu,mendakap hingga melekat semua bau wangi Adelea.
Selesai azan isyak,
Sudah tiba masa mahu di bawa kamu ke surau untuk urusan pengkebumian,untuk disolatkan dan dibawa ke tempat pengakhiranmu, mama sekali lagi dapat menciummu sayang. Kali ini mama pilih pipi dingin Adelea.. dan sekali lagi bau rose melekat pada hidung mama... alangkah indah jika bau itu tahan lama..
Mama tidak iringi kamu ke diammu, bukan tidak mahu,tapi ezzarra dan abang masih kecil,di waktu malam hari,mama tak mampu beranikan diri bawa mereka di kawasan perkuburan. Mama janji mama akan jenguk Adelea nanti ya sayang?
Isnin 15june 2015
Hari pertama tanpa kamu. Mama menjenguk ibu dan abi...jelas nampak keredhaan dan ketenangan mereka. Kawan kawan ibu datang menjenguk memberi hormat. Mama tengok ibu tunjuk gambar2 Adel sambil bercerita,mama nampak ibu bahagia dalam kesedihan yang masih tebal. Ibu bahagia kerana Adel sudah selamat kembali kepadaNya yang maha Esa. Ibu sedih kerana Adel dipinjamkan hanya secubit masa untuknya. Namun ibu Adel tiada air mata,cuma senyuman yang manis dalam duka hati yang masih dalam.
Abi...mama bangga dengan abi Adelea...rupanya dalam penyakit cepat seriau dia tu,dia sangat kuat berjuang demimu. Sebagaimana namanya juga Adelea,rupanya Abi Adel seorang pejuang keluarga.
Adelea...mungkinkah kita akan bertemu lagi...susunan hidup mama tak mungkin mama ketahui... andai di beri keizinan Allah,mama teringin sekali menjenguk Adelea di taman syurga Allah. Mama cemburu sebenarnya pada abi dan ibu Adelea... mereka sudah perolehi permata syurga,sedangkan mama masih membentuk dua permata mama papa.. tapi..untuk mama harungi sebagaimana abi dan ibu lalui,memang mama tidak sanggup.
Hari ini rindu,jadi mama wangikan rumah dengan bau 7 bunga itu lagi... dengan harapan Adel singgah ke sini..singgah memberi senyuman itu lagi.
Assalamualaikum Adelea Nur Delisha, berbahagialah kamu di sana menunggu saat bertemu kembali dengan ibu dan abi ....sebagaimana dijanjikan Allah...
Adelea Nur Delisha
A dextro cardia with situs inversus baby.
25 March 2015-14 June 2015
Cinta hati kami yang tiada galang gantinya.. hanya 1 Adelea yang dicintai.... selamat tinggal sayang....selamat tinggal cinta...
Dari mamayong.....untukmu Adelea..
....................................................................
Ini pula hadiah memori dari machu untukmu Adelea..
Bismillahirohmanirrahim.
Assalamualaikum sayangku Adelea Nur Delisha. Coretan ni more to luahan hati machu untuk awak. I got so much to share to you. To spoil you with toys and food and whatnot. Masa kami tahu awak membesar dalam rahim ibu awak, kami sekeluarga were so happy and couldn’t wait to see you. Machu happy sangat masa machu disatukan dengan pachu, awak ada juga. Kita ada ambil gambar atas pelamin sama-sama. Awak dengar tak? Riuh rendah kat rumah tokbah? Dengar tak lafaz akad pachu untuk machu? Mesti dengar kan sayang. Mesti awak kenyang kan haritu makan sedap-sedap. Doctor cakap awak sihat sangat jadi they had to do the C-sect. Takpe. Selagi awak sihat, ibu awak selamat kan. 25hb mac, awak selamat dilahirkan. Tapi kami tak dapat tengok awak terus. Kami tunggu. Kami dapat tahu awak ada komplikasi. I’m not the right person to talk about your condition and medical term, (nanti machu google and biar mama yong terangkan k) to cut things short, awak ada masalah jantung berlubang dan organ-organ awak dalam kedudukan mirror. Tak macam normal babies. Tapi awak bukan abnormal ok. Awak special. Too special. One of a kind. To be honest, machu risau sama macam semua orang. Tapi machu rasa banyak babies yang ada masalah jantung macam awak, tapi lepas operate akan sihat. Tapi kita manusia kan sayang. Tak semua yang kita nak kita dapat.
Awak tinggal di hospital, tak boleh balik rumah. Machu mintak maaf machu tak selalu jenguk awak. Machu sebenarnya takut, paru-paru machu masih ada kuman. Dulu kan machu sakit. Jadi machu takut kalau kuman tu lompat kat awak. Awak nak operate awak kena sihat. Ibu awak ada hantar gambar awak masa awak tak pakai tube. Alahai comel sangat Adelea Nur Delisha ni. Cantik macam nama yang abi dan ibu awak bagi ni. Tak nampak langsung awak ada masalah dengan pernafasan, dengan jantung awak. Subhannallah. Kuat sangat awak ni. Awak ni rockstar tahu?
Hari-hari terakhir puteri rockstar hati kami:
8 June 2015
Awak masuk IJN, ibu dan abi awak teman awak untuk operation. Tapi kena tangguh sebab awak demam. Mesti sebab jalan jauh kan sayang. Penat ye duduk dalam ambulan tu.
11 June 2015
First operation awak dari pukul 2 petang sampai 7 malam. Abi awak sampaikan berita tentang awak yg menunjukkan keadaan awak yang tak begitu stabil. Dada awak masih tak dapat tutup sebab jantung awak bengkak disebabkan the long hours of operation dan blood pressure awak rendah. Buah pinggang awak ada masalah jugak. Luluh hati kami sayang. Tapi kami kirimkan doa, Pachu awak sedekahkan surah yasin untuk awak lepas solat, doa kami tak putus.
12 June 2015
Second operation. Kami dah sedia nak terima berita buruk. Abi dan ibu awak pun dah sedia. Tokma, Tehlong, Ummi dan Auni bertolak ke IJN. Tapi tak sempat jenguk awak sebab awak dah nak masuk bilik bedah. Tokma nangis tau sepanjang perjalanan. Tokma nak sangat awak balik rumah ni, nak jaga awak. Operation kedua ni lagi lama, almost 10 hours dada awak terbuka, Allahuakbar. Allahuakbar. Hanya Allah yang tahu hati ibu dan abi awak kan.
13 June 2015
Awak masih menggunakan mesin bantuan pernafasan. Hati kami makin sebu, makin rasa awak akan meninggalkan kami. Tapi tetap berpura dalam hati yang awak akan balik ke rumah tokbah. Manusia. Machu masuk dalam rumah machu tengok mama yong tengah menangis. Abi awak bagitahu yang awak tengah bertarung nyawa. Allah.. Kami tak mahu bagitahu tokma. Tak tahu macam mana nak susun ayat. Abi awak pun tak terdaya nak call tokma bagitahu. Tokma awak sangat halus hatinya and she loves you so very much.
14 June 2015
Kami naik ke KL, kami nak jumpa awak sementara jantung awak masih berdegup walaupun dengan bantuan. Mama yong nak sangat ikut tapi mama yong ada tanggungjawab disini. Tokbah pun tak sihat, awak jangan marah tau tokbah tak sempat jumpa awak. Awak faham kan? Awak pun tolong doakan supaya tokbah sembuh ye. Tokbah awak sayang awak sangat. Tokbah awak sangat pentingkan cucu-cucu. Beruntung abg Iman, Kak Auni, Kak Ezzarra, Adel ada grandpa macam tokbah. Alah kalau machu tak bagitahu pun awak tahu kan sayang. Kami dalam perjalanan masa Abi awak call cakap mereka nak cabut life support awak. Pachu awak pecut sebab kami nak tengok awak semasa awak masih bernafas. Alhamdulillah dengan izinNya, kami dapat tatap wajah awak dan cium. Awak dengar tak apa machu bagitahu awak masa tu? Machu cakap “Assalamualaikum Adel.. mama kirim salam, tokbah kirim salam kat Adel. Semua sayang Adel sangat-sangat.” Machu kiss awak, sebagai wakil mama, papa, tokbah, auni, ezzarra. Pilu hati machu masa tu tengok badan kecil awak ditebuk dan tiub semua dipenuhi dengan darah. You’re just a baby. A small baby. Mesti awak terseksa kan sayang. Mesti awak tak sabar nak semua benda tu hilang dari awak kan? Semua take turn untuk kiss awak. See? How much you are loved by everyone. Semua sayang awak. Beruntung sangat seorang Adelea Nur Delisha binti Amir Fakhrunnizam ni.
12.45pm, doktor panggil abi dan ibu awak masa diaorang baru menjamah makanan pagi tu. Pilu hati machu. Sungguh. Doktor nak secara official nya tamatkan life support machine. Allahu. Allah. Awak pergi tinggalkan dunia yang baru 2 bulan 17 hari awak singgah. Tanpa sempat kami dukung awak, tanpa sempat tokbah dan tokma manjakan awak. Belum sempat awak mengenali Auni, Ezzarra, Abg Iman, Papa Jein. Belum sempat ummi dan tehlong bawak awak jalan-jalan. Belum sempat machu dan pachu belikan baju untuk awak. Belum sempat untuk mama turunkan ilmu keibuan, segala resepi makanan bayi untuk ibu awak. Belum sempat kami semua panggil dan dengar awak panggil kami. Dan yang paling utama belum sempat ibu dan abi awak merasa nikmat membesarkan awak. Hancur hati kami sayang. Itu kami. Ibu dan abi awak? Pergilah sayang. Dari awak menderita menahan sakit, baliklah ke tempat asalmu. Kami redha. Kami Cuma menangis hiba, bukan meratapi. Sebab kami tahu awak lebih bahagia disana.
Sepanjang urusan untuk mereka lepaskan awak untuk dibawa pulang, machu dapat lihat kekuatan ibu dan abi awak. Allahuakbar. Kalau machu ditempat mereka, sungguh machu mungkin lembik tak mampu nak buat apa-apa. Tapi mereka berdua, I am speechless. Cekalnya hati mereka menerima kepemergian awak. Tapi didalam hati, disebalik wajah tabah mereka, dibelakang kami, Wallahualam. Dengan izin Allah yang Maha berkuasa, Maha menyayangi, Dia mempermudahkan urusan awak, mempermudahkan perjalanan pulang kita semua.
Awak balik naik kereta abi dan ibu tau. Best kan? Ibu awak pangku awak. Happy tak?
Lebih kurang pukul 7 malam, awak pertama kali dan terakhirnya sampai di rumah tokbah dan tokma. Rumah yang tak akan kedengaran suara tangisan, rengekan, gelak tawa awak. Tokbah sambut awak dengan senyuman. Akhirnya cucu yang dinanti sampai juga walaupun hanya menyambut sekujur tubuh kecil kaku. Awak diletakkan atas katil awak yg ibu dan abi awak belikan. For the first and last time. Fresh in my mind, the look on your parents’ faces masa diaorang balik dari shopping barang awak. Allah.. Siapa sangka kan?
Machu jenguk awak di katil tu, machu terkedu. Machu selalu dengar cerita tentang orang yang meninggal riak wajahnya seakan tersenyum. Semalam, machu dapat kenikmatan tu dari Allah, machu nampak awak tersenyum. Allahuakbar! Manisnya senyuman awak. Machu bagitahu mama yong, that is not how you looked like at the hospital. Masa di sana lepas mereka siapkan awak untuk dimandi dan dikapankan, wajah awak seakan merajuk, masam. Mungkin awak marah awak sakit. Awak tak sabar nak pergi ke syurga. Nak pergi main-main di syurga ye? Tapi disini, di rumah tokbah diiringi dengan bau yang cukup-cukup wangi, awak tersenyum. Kulit awak glowing, hilang semua biru-biru dan lebam diwajah awak. Awak rasa tak semua orang bergilir nak cium dahi awak. Semua nak cium bau dari syurga. Bau seorang anak yang tiada walau setitik dosa sekalipun. Wangi. Cantik. Suci.
Awak selamat dikebumikan lepas Isya. Pachu awak dapat penghormatan terbesar. Dia yang letakkan awak dalam “rumah” abadi awak. Cemburu machu pachu awak dapat dukung awak tau. Sekeliling awak semua orang sayangkan awak dan yang tolong menyempurnakan pengkebumian awak. Oh awak tahu, rumah awak selang sebelah tau dengan arwah nyang. Ibu tokbah. Bolehla nanti awak jumpa nyang. Seronok kan? Sebelum kami pergi, machu dengar ayat dari ibu awak yang meruntun jiwa machu, “Ibu balik dulu ye. Tidur elok-elok.” Allah.
Sayangku Adelea Nur Delisha, Allah hadirkan dirimu sekejap cuma, tapi memberi impak yang cukup besar dalam diri kami. Sayang kami pada Adel dari hari pertama ibu dan abi sampaikan yang Adel sedang membesar di dalam kandungan. Sayang kami sampai syurga. You will be missed. You will always be a part that hold a large place in our heart, a part that will not be forgotten. Not now, not ever. A part of us. Kami akan pastikan yang Abang Iman, Kak Auni, Kak Ezzarra dan bakal anak-anak machu nanti (awak doakan machu cepat-cepat dapat sepupu baru awak tau!) kenal siapa Adelea Nur Delisha. I’ll make sure they will not forget that you were once here, and always be one of them.
Till we meet again, my love. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia, puteri hati kami. Goodnight and Assalamualaikum bidadari syurga, Adelea Nur Delisha.

No comments:
Post a Comment